PENERANGAN
Seorang individu yang berjaya dalam bidang keusahawanan ataupun ingin membina diri sebagai seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang diwarisi semenjak seseorang itu dilahirkan tetapi ia dapat dipelajari dan dibangunkan. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan dapat diterangkan seperti dibawah:
Ciri-ciri Usahawan
1.1 Berdikari
1.2 Yakin diri
1.3 Berwawasan
1.4 Kreatif dan inovatif
1.5 Mencari maklumbalas
1.6 Desakan supaya berjaya
1.7 Bekerja secara pasukan
1.8 Berorientasikan peluang
1.9 Boleh dipercayai dan jujur
1.10 Kemampuan fizikal yang memuaskan
1.11 Tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan
1.12 Mengambil risiko yang sederhana
2. Huraian ciri-ciri usahawan
2.1 Berdikari
Bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya, sikap suka bergantung pada orang lain perlu dikikis, sebaliknya sikap berdikari perlu dipupuk. Sesorang usahawan mesti berusaha melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.
2.2 Yakin Diri
Dalam mengejar kejayaan, seseorang usahawan perlu yakin pada dirinya sendiri dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka tidak percaya kejayaan dapat dicapai hanya melalui tuah ataupun takdir untung nasib, sebalikn ya melalui usaha. Bagi meningkatkan keyakinan diri terutamanya apabila berhadapan dengan kesukaran, usahawan perlu meluahkan perasaannya kepada orang yang rapat dengannya seperti pasangan ataupun keluarga.
2.3 Berwawasan
Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.
2.4 Kreatif dan Inovatif
Sikap kreatif dan inovatif perlu dipupuk supaya perniagaan yang diusahakan itu berbeza daripada pesaing. Melalui sikap kreatif dan inovatif, keluaran yang dihasilkan dan ditawarkan kepada pengguna kelihatan berbeza dan unik.
2.5 Mencari Maklum balas
Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan
membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.
2.6 Desakan Supaya Berjaya
Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai kuasa dalam diri yang mendesaknya supaya berjaya. Beliau perlu menetapkan piawaian tertentu dalam kerjayanya dan cuba mengatasi piawaian tersebut. Usahawan perlu meletakkan ’kecemerlangan’ dalam apa jua usaha yang dilakukan.
2.7 Bekerja Secara Berpasukan
Walaupun seorang usahawan memerlukan autonomi dan bersifat berdikari yang tinggi, beliau tidak dapat mengetepikan aspek kerja berpasukan. Ini kerana, tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Usahawan memerlukan orang lain membuat kerja-kerja pengeluaran, perkeranian ataupun pemasaran semasa beliau merancang dan menetapkan matlamat. Kerja berpasukan dapat memastikan kejayaan sesuatu urusniaga.
2.8 Berorientasikan Peluang
Kejayaan sesuatu perniagaan bukan sahaja bergantung pada strategi, struktur dan sumber yang tertentu tetapi juga bergantung pada peluang. Sesudah peluang dikenalpasti, seorang usahawan membiarkan peluang tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang diperlukan. Seseorang individu yang bijak mengenal pasti peluang yang wujud di persekitaran mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya.
2.9 Boleh Dipercayai Dan Jujur
Kejayaan seseorang usahawan juga bergantung pada cara ia menjalankan perniagaan iaitu sama ada secara jujur ataupun tidak beretika. Kejujuran dan sikap boleh dipercayai yang ditonjolkan oleh usahawan dapat membantu pembinaan keyakinan dan kepercayaan oleh orang lain seperti pelanggan, pembekal dan pemiutang.
2.10 Kemampuan Fizikal Yang Memuaskan
Tugas mengurus sesuatu urusniaga adalah suatu tugas yang berat dan meletihkan. Oleh itu, seseorang individu yang ingin menceburi bidang ini perlu mempunyai kemampuan fizikal yang tertinggi. Bagi mencapai tujuan tersebut, seseorang usahawan perlu memantau corak pemakanannya, riadah dan cara berehat.
2.11 Tabah Menghadapi Kesamaran dan Kegagalan
Kerjaya sebagai seorang usahawan sering berhadapan dengan kesamaran dan kegagalan akibat perubahan yang berlaku dipersekitaran. Ini kerana, tiada suatu garis panduan yang tepat dan jelas bagaimana seseorang usahawan perlu bertindak dan bergelagat terhadap perubahan. Oleh yang demikian, usahawan perlu tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan Kegagalan perlu dijadikan teladan oleh usahawan supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.
2.12 Mengambil Risiko Yang Sederhana
Usahawan bukanlah ’seorang penjudi’ seperti yang dikatakan oleh mitos keusahawanan, sebaliknya mereka adalah seorang sederhana dalam pengambilan risiko. Apabila berhadapan dengan ketidakpastian, usahawan menimbangkan semua aspek yang mungkin dan berhati-hati membuat sebarang pilihan. Usahawan tidak sukar mengucapkan perkataan ’tidak’ sekiranya beliau berasa tidak berupaya mencapai sesuatu matlamat yang terlalu tinggi. Mereka juga cuba mengelakkan diri daripada terjebak dengan risiko yang tidak munasabah.
Salam Adiulfitri
-
*Dikesempatan ini saya berserta keluarga mengucapkan selamat hari raya
minal aidzin wal faidzin kepada semua sanak saudara serta ahli waris cucu
tok lento...
11 years ago
Nice sharing..saya tumpang share.Jika ade berminat nak upah penulis utk menulis buku/modul atau apa saja bentuk penulisan seperti cerpen, novel dan thesis ,boleh hubungi saya penulis sepenuh masa. 0166371460.sy sedia membantu.Mana tahu buku anda boleh terbit tahun ni.Harga boleh discuss nanti.
ReplyDelete