13 September 2009

8.Rancangan Kewangan

A.Kos Perlaksanaan Projek.
1.Pelaburan Aset Tetap.
Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua aset tetap yang dibeli dengan tunai,sewabeli atau pinjaman.Nyatakan harga belian aset-aset ini.
2.Modal Pusingan.
Merujuk kepada keperluan jangka pendek perniagaan untuk membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin.Modal pusingan merangkumi keperluan organisasi,pemasaran dan operasi.
3.Lain-lain Perbelanjaan.
Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan.Contoh lain-lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit,pendaftaran perniagaan,kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen tertentu yang perlu dibayar.
4.Perbelanjaan Luar Jangka.
Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancangkan.Kebiasaannya,jumlah yang diperlukan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos.
B.Sumber Pembiayaan Projek.
1.Modal Sendiri.
Meruku kepada semua modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset lain.
2.Pinjaman.
Pinjaman merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan atau pun pinjaman jangkapendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.
3.Sewabeli.
Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan,mesin,peralatan-peralatan pejabat dan perabot.Jumlah pembiayaan kebiasaanya pada tahap maksima 80 peratus dari nilai aset berkenaan.Bakinya perlu diserap dalam modal tunai usahawan sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.
C.Jadual-jadual.
1.Jadual Bayaran Balik Pinjaman.
Jadual ini disediakan untuk merancang amaum yang perlu dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat.
2.Jadual Bayaran Balik Sewabeli.
Jadual ini disediakan untuk merancang amaum bayaran balik sewabeli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan yang diperolehi.
3.Jadual Susutnilai Aset Tetap.
Jadual ini perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik perniagaan,sama ada yang disambungkan atau yang dibeli secara sewabeli atau pinjaman.
D.Proforma penyata-penyata.(Ramalam atau Jangkaan)
1.Proforma Penyata Aliran Wang Tunai.
Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun pertama perniagan.Seterusnya aliran wang tunai secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga.
2.Proforma Penyata Pergilangan.
Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang pengeluaran atau pengilang sahaja. Kos Pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk pengiraan Untung Kasar. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.
3.Proforma Penyata Perdagangan.
Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam bidang pembuatan dan perdagangan. Untung kasar yang diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan Rugi.Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.
4.Proforma Penyata Untung dan Rugi.
Penyata untung dan rugi disediakan bagi perniagaan dalam senmua bidang iaitu pembuatan,perdagangan dan perkhidmatan. Untung bersih yang diperolehi merupakan untung bersih sebbelum cukai. Penyata ini disediakan pada akir tahun 1,2 dan 3.
5.Proforma Penyata Kunci Kira-kira.
Penyata Kunci Kira-kira disediakan untuk menunjukkan aset-aset perniagaan dan hubungan nya dengan sumber-sumber perniagaan. Penyata kira-kira ini juga disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.

07 September 2009

7. Rancangan Operasi

*Proses Operasi
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barang, penternakan atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.
*Carta Aliran Proses
Persembahkan proses operasi didalam bentuk Carta Aliran Proses
*Unit Pengeluaran atau Masa Operasi.
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek.Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam rancangan pemasaran.
*Keperluan Bahan.
Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan. Nyatakan juga kalau belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai. Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebagai sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun.
*Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Operasi.
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.
*Huraian Tugas.
Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.
*Imbuhan Balas Jasa, Gaji atau Ganjaran.
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau perkerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.
*Mesin dan peralatan.
Senaraikan mesin an peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi perniagaan. Nyatakan sekali sumber atau pembekal mesin dan peralatan berkenaan.
*Susunatur Ruang Operasi.
Lukiskan susunatur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang perlu diambil kira. Sesuaikan susunatur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan.
*Lokasi
Jika lokasi perniagaan tidak dinyatakan dalam bahagian Rancangan Organisasi, ianya perlu dinyatakan disini. Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada dilokasi yang berlainan, nyatakan disini laokasi kilang atau perniagaan beroperasi.
Nyatakan juga status bangunan sama ada disewa, dibeli siap atau dibina sendiri, serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa, nyakatan deposit sewa yang perlua dibayar sebelum menduduki bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang terlibat.
*Overhed Operasi
Overhed ini termasuklah kemudahan dan bekalan air, elektrik, gas dan sebagainya sebagai penggerak proses operasi. Adakalanya kemudahan telefon juga diambilkira, tetapi kemudahan ini mungkin lebih sesuai diambilkira dalam bahagian Rangan Organisasi.
*Perbelanjaan Operasi.
Jumlah semua perbelanjaan yang terlibat didalam Rancangan Operasi mengikut kategori-kategori berikut:-
+Perbelanjaan aset tetap
+Perbelanjaan bulanan
+Lain-lain perbelanjaan

03 September 2009

sambungan.....Rancangan Pemasaran

6. Rancangan Pemasaran
*Barangan atau Perkhidmatan yang ditawarkan.
Terangkan dengan jelas bentuk barangan atau perkhidmatan

yang akan ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan tawaran
barangan atau perkhidmatan ini dengan keperluan pelanggan.
* Sasaran Pasaran.
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang
dipilih. Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang
berbeza atau segmen pasaran dikawasan berkenaan.
* Saiz Pasaran
Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan,
atau kedua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama
dalam menganggarkan ramalan jualan.
* Pesaing-pesaing utama
Senaraikan tiga pesaing utama yang ujud dalam kawasan
pasaran. Sekiranya mempunyai lebih dari tiga pesaing
yang sama kuat, senaraikan seberapa yang perlu.
* Kekuatan dan Kelemahan Pesaing.
Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang
telah dikenalpasti.
* Syer Pasaran.
Dengan mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesaing yang
ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran
untuk perniagaan yang dicadangkan.
* Ramalan Jualan.
Sediakan pelunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan
seterusnya anggarkan ramalan jualan tahunan untuk tahun
kedua dan ketiga.
* Strategi Pemasaran
Huraikan secara ringkas tentang strategi yang akan
dilaksanakan yang meliputi aspek-aspek berikut:-
+ barangan atau perkhidmatan
+ Promosi
+ Harga
+ Edaran
*Perbelanjaan Pemasaran.
Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat didalam
Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut:-
+ Perbelanjaan aset tetap
+ Perbelanjaan bulanan
+ Lain-lain perbelanjaan
bersambung....rancangan operasi

02 September 2009

sambungan Rancangan Perniagaan

4.Latarbelakang Pemilik.
Menyatakan maklumat-maklumat pemilik atau
pemilik-pemilikperniagaan dan perlu disediakan
untuk setiap rakan kongsi.
    * Nama Penuh                                                  
    * No.Kad Pengenalan                                       
    * Tarikh Lahir                                                    
    * Umor                                                                       
    * Jantina                                                           
    * Alamat Tetap                                                
    * No Telefon                                                       
    * Taraf Perkahwinan 
    * Kelulusan Akademik  
    * Perniagaan lain Yang Pernah Diceburi
    * Kursus Yang Pernah Dihadiri
    * Kemahiran yang ada (Nyatakan Peringkat)
    * Pengalaman
    * Perkerjaan Sekarang
5. Rancangan Organisas.
• Pengenalan Organisasi
Memperkenalkan organisasi perniagaan dengan
menerangkan alamat penuh  perniagaan serta 
melukis pelan lokasi ringkas  yang menunjukkan
jalan-jalan utama, bangunan-bangunan
berhampiran yang utama serta tapak perniagaan.
Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu,
dari jenis  rumah kedai, bangunan kilang, ruang
didalam kompleks membeli belah, bengkel dan    
sebagainya.
Nyatakan sama ada premis perniagaan disewa, dibeli
atau dibina. Jelaskan juga kemudahan insfrastruktur 
yang ada seperti bekalan air, eletrik, telefon dan
sebagainya.
• Carta Organisasi
Lukis dan jelaskan secararingkas carta organisasi 
perniagaan yang di rancangkan.
• Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Pentadbiran.
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam pentadbiran
dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.
• Huraian Tugas.
Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang
dinyatakan.
• Keperluan Pejabat.
Nyatakan keperluan pejabat pentadbiran perniagaan seperti
perabut, peralatan dan kelengkapan pejabat, serta bekalan 
pejabat.
• Perbelanjaan Pentadbiran.
Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat didalam
organisasi perniagaan mengikut kategori- kategori berikut:-
     i. Perbelanjaan Aset Tetap
     ii. Perbelanjaan Bulanan
     iii. Lain-lain (Sumbangan)
• Imbuhan Balas Jasa, Gaji atau Ganjaran.
Senarai jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulan,
mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau
pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO
yang berkaitan.
Bersambung........Rancangan Pemasaran