07 September 2009

7. Rancangan Operasi

*Proses Operasi
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barang, penternakan atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.
*Carta Aliran Proses
Persembahkan proses operasi didalam bentuk Carta Aliran Proses
*Unit Pengeluaran atau Masa Operasi.
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek.Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam rancangan pemasaran.
*Keperluan Bahan.
Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan. Nyatakan juga kalau belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai. Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebagai sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun.
*Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Operasi.
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.
*Huraian Tugas.
Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.
*Imbuhan Balas Jasa, Gaji atau Ganjaran.
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau perkerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.
*Mesin dan peralatan.
Senaraikan mesin an peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi perniagaan. Nyatakan sekali sumber atau pembekal mesin dan peralatan berkenaan.
*Susunatur Ruang Operasi.
Lukiskan susunatur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang perlu diambil kira. Sesuaikan susunatur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan.
*Lokasi
Jika lokasi perniagaan tidak dinyatakan dalam bahagian Rancangan Organisasi, ianya perlu dinyatakan disini. Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada dilokasi yang berlainan, nyatakan disini laokasi kilang atau perniagaan beroperasi.
Nyatakan juga status bangunan sama ada disewa, dibeli siap atau dibina sendiri, serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa, nyakatan deposit sewa yang perlua dibayar sebelum menduduki bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang terlibat.
*Overhed Operasi
Overhed ini termasuklah kemudahan dan bekalan air, elektrik, gas dan sebagainya sebagai penggerak proses operasi. Adakalanya kemudahan telefon juga diambilkira, tetapi kemudahan ini mungkin lebih sesuai diambilkira dalam bahagian Rangan Organisasi.
*Perbelanjaan Operasi.
Jumlah semua perbelanjaan yang terlibat didalam Rancangan Operasi mengikut kategori-kategori berikut:-
+Perbelanjaan aset tetap
+Perbelanjaan bulanan
+Lain-lain perbelanjaan

No comments:

Post a Comment