12 October 2009

Apa itu usahawan

PENERANGAN
Usahawan ialah seorang individu yang mendapatkan faktor-faktor pengeluaran dan menggabungkanya untuk menghasilkan barangan yang kemudiannya dijual di pasaran.
1. Definisi dan Sejarah Keusahawanan

1.1 Definisi Keusahawanan

•Tahun 1776 Adam Smithn menyatakan :
Enterpriser - individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersil.
Usahawan bertindak sebagai agen ekonomi.

•Jean Babtiste Say Tahun 1803 menyatakan :
Usahawan adalah seorang yang boleh mempengaruhi masyarakat. Usahawan mempunyai seni, ketrampilan serta kebolehan luar biasa untuk mengetahui keperluan masyarakat. Usahawan dapat mengenalpasti kehendak masyarakat lantas memenuhinya dengan pengurusan sumber.

•Carl Menger 1871 melahirkan idea baru :
Perubahan ekonomi bukan hasil keadaan tetapi hasil kesedaran & kefahaman individu terhadap pengembelingan sumber. Mengenalpasti tahap-tahap perubahan
dan setiap tahap akan menambah nilai kepada sumber asal yang akan menghasilkan keuntungan.


1.2 Sejarah Keusahawanan

•Bermula dari cetusan idea dan peralihan era dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Bermula dari zaman Rasulullah SArahanW dan seterusnya beralih ke Zaman Khulafah Al-Rasyidin dan Bani Utmaiyah.
•Penghijrahan untuk penaklukan sesuatu kawasan/tempat menyumbang ke arah pembentukan ekonomi yang lebih stabil.
•Peralihan sistem barter kepada sistem wang sebagai satu ganjaran nilai. Pada zaman pra-sejarah barang-barang keperluan contohnya : Hasil tanaman akan ditukarkan dengan hasil laut.

2. Kepentingan Keusahawanan

Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang individu menceburi bidang perniagaan ialah :
I. Untuk menambah sumber pendapatan.
II. Mendapat keuntungan.
III. Mempunyai bakat, kemahiran dan kemampuan dalam bidang yang diceburi.
IV. Mendapat pulangan wang setiap hari.
V. Pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilaksanakan dengan pendapatan yang diperolehi.
VI. Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan lagi sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) sehingga ke peringkat antarabangsa.
VII. Mewarisi perniagaan keluarga.
Faktor lain yang menggalakkan seseorang individu untuk menceburi bidang perniagaan :
I. Dapat menguruskan perniagaan sendiri (ketua/majikan)
II. Gaya hidup lebih mewah
III. Membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk orang lain
IV. Menjadi terkenal apabila perniagaan yang diusahakan berjaya.
V. Mendapat perhatian an disegani oleh segenap lapisan masyarakat.

Kepentingan Perniagaan Kepada Usahawan :

I. Mendapat lebihan pendapatan
II. Memberi pilihan kepada masyarakat
III. Memenuhi tuntutan agama
IV. Mempraktikan kemahiran dan ilmu
V. Membuka peluang pekerjaan
VI. Meneroka bidang baru
VII. Meningkatkan keyakinan diri
VIII. Menghadapi risiko dan cabaran
IX. Meningkatkan tabungan dan pelaburan.

Kepentingan Perniagaan Kepada Masyarakat :

I. Mendapat perkhidmatan terbaik
II. Membina jaringan niaga
III. Membantu peluang pemasaran
IV. Menjual produk sampingan
V. Menjana peluang ekonomi dan pekerjaan

Kepentingan Perniagaan Kepada Negara :

I. Menangani masalah pengangguan
II. Mengurangkan jurang kemisikinan
III. Kurang bergantung kepada tenaga kerja asing
IV. Keuntungan dan pelbagai cukai
V. Meningkatkan daya saing negara
VI. Meningkatkan kepesatan pembangunan
VII. Mewujudkan keharmonian kaum.

11 October 2009

CIRI-CIRI USAHAWAN

PENERANGAN
Seorang individu yang berjaya dalam bidang keusahawanan ataupun ingin membina diri sebagai seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang diwarisi semenjak seseorang itu dilahirkan tetapi ia dapat dipelajari dan dibangunkan. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan dapat diterangkan seperti dibawah:
Ciri-ciri Usahawan

1.1 Berdikari
1.2 Yakin diri
1.3 Berwawasan
1.4 Kreatif dan inovatif
1.5 Mencari maklumbalas
1.6 Desakan supaya berjaya
1.7 Bekerja secara pasukan
1.8 Berorientasikan peluang
1.9 Boleh dipercayai dan jujur
1.10 Kemampuan fizikal yang memuaskan
1.11 Tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan
1.12 Mengambil risiko yang sederhana

2. Huraian ciri-ciri usahawan

2.1 Berdikari
Bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya, sikap suka bergantung pada orang lain perlu dikikis, sebaliknya sikap berdikari perlu dipupuk. Sesorang usahawan mesti berusaha melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.
2.2 Yakin Diri
Dalam mengejar kejayaan, seseorang usahawan perlu yakin pada dirinya sendiri dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka tidak percaya kejayaan dapat dicapai hanya melalui tuah ataupun takdir untung nasib, sebalikn ya melalui usaha. Bagi meningkatkan keyakinan diri terutamanya apabila berhadapan dengan kesukaran, usahawan perlu meluahkan perasaannya kepada orang yang rapat dengannya seperti pasangan ataupun keluarga.
2.3 Berwawasan
Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.
2.4 Kreatif dan Inovatif
Sikap kreatif dan inovatif perlu dipupuk supaya perniagaan yang diusahakan itu berbeza daripada pesaing. Melalui sikap kreatif dan inovatif, keluaran yang dihasilkan dan ditawarkan kepada pengguna kelihatan berbeza dan unik.
2.5 Mencari Maklum balas
Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan
membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.
2.6 Desakan Supaya Berjaya
Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai kuasa dalam diri yang mendesaknya supaya berjaya. Beliau perlu menetapkan piawaian tertentu dalam kerjayanya dan cuba mengatasi piawaian tersebut. Usahawan perlu meletakkan ’kecemerlangan’ dalam apa jua usaha yang dilakukan.
2.7 Bekerja Secara Berpasukan
Walaupun seorang usahawan memerlukan autonomi dan bersifat berdikari yang tinggi, beliau tidak dapat mengetepikan aspek kerja berpasukan. Ini kerana, tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Usahawan memerlukan orang lain membuat kerja-kerja pengeluaran, perkeranian ataupun pemasaran semasa beliau merancang dan menetapkan matlamat. Kerja berpasukan dapat memastikan kejayaan sesuatu urusniaga.
2.8 Berorientasikan Peluang
Kejayaan sesuatu perniagaan bukan sahaja bergantung pada strategi, struktur dan sumber yang tertentu tetapi juga bergantung pada peluang. Sesudah peluang dikenalpasti, seorang usahawan membiarkan peluang tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang diperlukan. Seseorang individu yang bijak mengenal pasti peluang yang wujud di persekitaran mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya.
2.9 Boleh Dipercayai Dan Jujur
Kejayaan seseorang usahawan juga bergantung pada cara ia menjalankan perniagaan iaitu sama ada secara jujur ataupun tidak beretika. Kejujuran dan sikap boleh dipercayai yang ditonjolkan oleh usahawan dapat membantu pembinaan keyakinan dan kepercayaan oleh orang lain seperti pelanggan, pembekal dan pemiutang.
2.10 Kemampuan Fizikal Yang Memuaskan
Tugas mengurus sesuatu urusniaga adalah suatu tugas yang berat dan meletihkan. Oleh itu, seseorang individu yang ingin menceburi bidang ini perlu mempunyai kemampuan fizikal yang tertinggi. Bagi mencapai tujuan tersebut, seseorang usahawan perlu memantau corak pemakanannya, riadah dan cara berehat.
2.11 Tabah Menghadapi Kesamaran dan Kegagalan
Kerjaya sebagai seorang usahawan sering berhadapan dengan kesamaran dan kegagalan akibat perubahan yang berlaku dipersekitaran. Ini kerana, tiada suatu garis panduan yang tepat dan jelas bagaimana seseorang usahawan perlu bertindak dan bergelagat terhadap perubahan. Oleh yang demikian, usahawan perlu tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan Kegagalan perlu dijadikan teladan oleh usahawan supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.
2.12 Mengambil Risiko Yang Sederhana
Usahawan bukanlah ’seorang penjudi’ seperti yang dikatakan oleh mitos keusahawanan, sebaliknya mereka adalah seorang sederhana dalam pengambilan risiko. Apabila berhadapan dengan ketidakpastian, usahawan menimbangkan semua aspek yang mungkin dan berhati-hati membuat sebarang pilihan. Usahawan tidak sukar mengucapkan perkataan ’tidak’ sekiranya beliau berasa tidak berupaya mencapai sesuatu matlamat yang terlalu tinggi. Mereka juga cuba mengelakkan diri daripada terjebak dengan risiko yang tidak munasabah.

Tanaman Lada

Lada/Cili/Cabai/Lombok

Lada/Cili/Cabai atau Lombok adalah menjadi kegunaan untuk masakan, samaada dalam bentuk kering, jeruk atau putiknya. Lazimnya ada tiga jenis yang utama , iaitu cili burung atau cili api atau cili padi, cili besar (merah dan hijau) dan cili bulat. Pokok-pokok cili ini berasal dari Amerika Selatan Tropika dan kepulauan Hindia Barat.

Cili Api atau Capsicums minumam ialah jenis renek dan tumbuh setinggi 0.5 hingga 1 meter dan mempunyai banyak cabang-cabang yang rendang. Daunnya halus, berbentuk lembing dan bergagang panjang. Buahnya kecil, bujur tirus 1 hingga 2cm panjang.
Cili Besar atau Capsicums annum ialah jenis besar sedikit dari pokok cili api. Bentuk daun,bunga dan buahnya pun lebih besar iaitu 7.5cm. Terdapat dua jenis lada besar iaitu buah yang berwarna hijau(tetap hijau walaupun sudah masak) dan merah apabila ia masak sepenuhnya. Biasanya buah yang berwarna mereh yang terbanyak di negara kita.
Cili Bulat atau Capsicums grossum ialah jenis pendek. Biasanya bunga-bunga besar dan tumpul dan buahnya berwarna merah tetapi ia tidak pedas, dan mengandungi hanya beberapa biji sahaja di dalamnya. Buahnya lebih kurang 15cm panjang dan 7.5cm lebar digunakan untuk sayuran.
Antara ketiga-tiga jenis lada tersebut , jenis yang paling biasa di tanam dan diguna ialah jenis annum. Pokok cili jenis ini tumbuh dengan suburnya di tanah-tanah gembur hitam dan merah, tanah gembur lanar dan tanah laterit. Ia boleh tahan panas tetapi terlampau banyak air dimusim hujan akan membahayakan tumbesar.
Penyemaian biji-biji beneh dari buah yang baik dan cukup masak disemai dalam tapak semaian. Selepas 6 atau 7 minggu anak-anak beneh dialih ke ladang pada batas yang telah siap dibina. Jarak antara satu pokok dengan satu pokok lain ialah 0.5 meter hingga 0.7 meter. Selepas 30 hari berikutnya tumbuhan ini pun mulai berbunga. Buahnya dipungut mengikut keperluan. Jika dikehendaki untuk disayurkan atau untuk membuat jeruk maka buah-buah ini dipungut masa hijau, tetapi untuk membuat serbuk kari mestilah ditunggu sehingga cukup masak.
Jika di bawah kawalan sistem pengairan yang sempurna pokok-pokok cili ini boleh menghasilkan sehingga 500 - 1000 kilogram seekar, tetapi di bawah keadaan hujan biasanya hanya 100 - 400 kilogram seekar.




PANDUAN MENANAM CILI
Penyediaan Tanah
Di Ladang.
Gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m x 22cm x 30cm. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
Menyedia Anak Benih.

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm x 22 cm x10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Menanam
Di Ladang
Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpul tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm . Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.


PENJAGAAN
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja di ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
Sungkupan
Di Ladang
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
MEMUNGUT HASIL
Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 20 m (500 kaki) persegi ialah 100-200 kg.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 1.5 kg sepokok.