31 August 2009

Badan Utama RP ....sambungan


Badan Utama RP
1. Pengenalan RP
Bahagian ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.
· Jenis perniagaan yang diceburi
· Nama dan lokasi atau alamat perniagaan
· Tarikh perniagaan akan beroperasi
· Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancangkan.
2. Tujuan
Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan antaranya ialah seperti berikut:
· Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yang berkaitan, nyatakan amaun dari institusi
  kewangan berkaitan.
· Merancang perlaksanaamn projek baru
· Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
· Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.
3. Latarbelakang Perniagaan
Membentangkan maklumat-maklumat perniagaan yang dicadangkan.
· Alamat
Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
· Bentuk Perniagaan
Nytakan sama ada perniagaan berbentuk perseorangan,perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
· Tarikh dan Nombor Pendaftaran
Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan sahaja. Jika belum berdaftar, nyatakan masih dalam proses pendaftaran.
· Modal Permulaan
Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan. Bagi perniagaan Sendirian Berhad, nyatakan Modal Dibenar dan Modal dibayar perniagaan.
· Bank
Nyatakan bank dimana perniagaan mempunyai akaun.

Bersambung… Latarbelakang Pemilik

28 August 2009

RANCANGAN PERNIAGAAN



Apa itu Rancangan Perniagaan?
Rancangan Perniagaan atau RP ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh. RP juga dikenali sebagai kertas kerja atau kertas projek.
Pentingnya RP Disediakan.
  • usahawan mampu melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal.
  • RP dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancangkan usahawan berdaya maju atau tidak.
  • membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik.
  • Menyakinkan pihak-pihak tertentu, contohnya untuk pembiayaan kewangan bahawa projek yang dirancangkan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
  • menyedarkan usahawan akan masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek.
Pihak yang memerlukan RP.
1. Usahawan
  • untuk memahami projek atau perniagaan dengan lebih mendalam
  • sebagai garis panduan menguruskan perniagaan
  • untuk tujuan pelaburan atau pembiayaan

2. Institusi Kewangan atau Pelabur

  • untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan.

3. Pembekal.

  • menyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan perniagaan ke arah mendapat bekalan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan

  • untuk memberi pendedahan kepada staf tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan perniagaan serta peranan mereka.

5. Pelanggan

  • untuk menyakinkan pelanggan bahawa perniagaan mampu mengisi keperluan projek dengan baik dan terancang

Bersambung....





27 August 2009

Analisa SWOT

1. Definasi SWOT

S : STRENGTH (Kekuatan /Kelemahan)
W: WEAKNESSES (Kelemahan/kekurangan)
O : OPPURTUNITIES (Peluang)
T : THREATS ( Ancaman /halangan luar jangkaan)

2. Analisa Kerangka SWOT
Untuk menganalisa kerangka SWOT, terdapat empat komponen utama yang perlu dianalisa iaitu aspek kekuatan dan kelemahan dianalisa pada waktu sekarang, manakala aspek peluang dan ancaman dibincangkan atau dianalisa untuk masa akan datang. Oleh kerana kekuatan dan kelemahan dianalisa pada waktu sekarang, bermakna kekuatan dan kelemahan tersebut adalah dibidang kuasa dan kawalan usahawan. Manakla peluang dan ancaman pula yang dijangka berlaku pada masa akan datang, maka kedua-duanya adalah diluar bidang kuasa atau kawalan usahawan hanya Allah yang Maha Besar yang mengetahuinya.
Kekuatan orang lain atau pesaing anda akan menjadi ancaman kepada perniagaan anda sebagai bakal usahawan. Atau kekuatan anda pula akan menjadi ancaman kepada perniagaan orang lain. Manakala kelemahan yang anda miliki memberi peluang kepada orang lain untuk merebut kejayaan dan meninggalkan anda. Atas kelemahan orang lain akan memberi peluang anda untuk menembusi pasaran dan mendapat keuntungan. Oleh yang demikian setiap kekuatan yang anda miliki hendaklah dikuasai sepenuhnya supaya tidak hilang dari diri dan perniagaan anda. Manakala kelemahan-kelemahan yang masih ada pada diri mahupun projek perniaagaan anda mestilah dihapuskan atau diatasi segera supaya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan perniagaan. Dari aspek peluang pada masa akan datang perlulah anda rebut sebelum direbut oleh orang lain yang mempunyai kekuatan yang sama dengan anda. Manakala setiap ancaman dan halangan yang dikenalpasti atau kemungkinan akan berlaku dimasa akan datang hendaklah anda bersedia mencari penyelesaian bagi mengatasinya atau menjauhkannya jika anda berkeupayaan.

3. Aspek-Aspek Dalam Perbincangan Analisa SWOT

Banyak aspek-aspek yang boleh dianalis dan dibincangkan dalam membuat analisa SWOT iaitu bergantung kepada projek perniagaan itu sendiri samaada aspek tersebut menjadi kekuatan, kelemahan atau peluang atau ancaman dan aspek tersebut berbeza antara satu projek perniagaan dengan satu projek perniagaan yang lain.
Diantara aspek perbincangan dalam analisa SWOT adalah:

i. Sumber kewangan
Adakah perniagaan yang bakal dijalankan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, aliran wang tunai yang baik atau perniagaan itu berkeupayaan untuk mendapat sumber tambahan seperti bantuan pinjaman bank atau mana-mana skim pinjaman kewangan dibawah agensi kerajaan. Apakah aspek kewangan ini menjadi kekuatan atau kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda?

ii. Sumber fizikal
Adakah perniagaan yang bakal dijalankan memerlukan kilang atau bengkel, peralatan atau mesin canggih, lokasi dan kedudukan yang strategik dan ada kemudahan infrastruktur serta pengakutan . Dimana anda mahu letakkan aspek sumber fizikal ini, adakah ianya merupakan kekuatan atau kelemahan perniagaan anda?
iii. Kemampuan atau keupayaan pengurusan Penyeliaan dari Pekerja
Penyenggaraan (Operator)

Dari aspek pengurusan kakitangan pula adakah pernigaan anda mempunyai pengurusan yang cekap dan mahir, mempunyai pengetahuan teknikal dan pengalama luas dibidang berkenaan samaada diperingkat operator hingga ke peringkat pengurusan, adakah ianya menjadi kekuatan, kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda.

iv. Pemasaran
Ianya boleh dianalisa dari empat elemen pemasaran (4P) iaitu Produk, Hargar, Tempat dan Promosi. Adakah produk dan perkhidmatan anda berkualiti, harga yang setanding dengan pesaing, lokasi yang strategik dan saluran agihan pasaran yang baik. Bagaimana dengan promosi dan saiz pasaran, produk atau perkhidmatan anda? Bolehkah pasaran baru diwujudkan? Semuanya ini perlu dianalis samaada menjadi kekuatan, kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda?

v. Proses Pengeluaran dan Sumber Bekalan
Adakah perniagaan anda menggunakan teknologi tertentu dan teknologi tersebut mudah didapati dari aspek bahan mentah, adakah cukup dari segi kuantiti, kualiti dan harganya, serta mudah diperolehi dan berterusan. Bagaimana dengan kos pengeluaran termasuk kos bahan mentah, upah pekerja dan overhead, adakah ianya menjadi kekuatan atau kelemahan pada masa sekarang atau peluang, ancaman bagi perniagaan anda padamasa akan datang.

vi. Alam Sekeliling dan Masyarakat
Dianalisa dari segi politik, sosial dan persekitaran perniagaan anda. Adakah perniagaan yang bakal dijalankan menjadi keutamaan dan digalakkan oleh kerajaan atau sebaliknya? Bagaimana perniagaan kecil ini dapt berada dalam pasaran dan bagaimana masyarakat boleh menerimanya. Adakah apa-apa prasangka yang disukai terhadap perniagaan tersebut dalam sesuatau masyarakat perlu difikirkan juga kemungkinan berlaku bencana lam yang mungkin menimpa seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan lain-lain diluar jangkaan.

Fertigasi

Selamat datang ke blogger Jaudah Tani. Peneraju pertanian fertigasi melahirkan generasi baru dalam bidang pertanian. Di sini paparkan berkaitan teknologi fertigasi yang dilaksanakan oleh Juadah Tani bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini bagi faedah bersama. Mana-mana usahawan tani boleh mengemukakan apa jua masalah dan peluang untuk berkongsi kejayaan bersama.
Apa itu fertigasi ?
Fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation, yang dimana proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.
Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.
Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.
Untuk keterangan lanjut sila e-mailkan  mussum09@Gmail.com atau hubungi di talian 0128412253