13 September 2009

8.Rancangan Kewangan

A.Kos Perlaksanaan Projek.
1.Pelaburan Aset Tetap.
Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua aset tetap yang dibeli dengan tunai,sewabeli atau pinjaman.Nyatakan harga belian aset-aset ini.
2.Modal Pusingan.
Merujuk kepada keperluan jangka pendek perniagaan untuk membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin.Modal pusingan merangkumi keperluan organisasi,pemasaran dan operasi.
3.Lain-lain Perbelanjaan.
Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan.Contoh lain-lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit,pendaftaran perniagaan,kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen tertentu yang perlu dibayar.
4.Perbelanjaan Luar Jangka.
Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancangkan.Kebiasaannya,jumlah yang diperlukan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos.
B.Sumber Pembiayaan Projek.
1.Modal Sendiri.
Meruku kepada semua modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset lain.
2.Pinjaman.
Pinjaman merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan atau pun pinjaman jangkapendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.
3.Sewabeli.
Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan,mesin,peralatan-peralatan pejabat dan perabot.Jumlah pembiayaan kebiasaanya pada tahap maksima 80 peratus dari nilai aset berkenaan.Bakinya perlu diserap dalam modal tunai usahawan sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.
C.Jadual-jadual.
1.Jadual Bayaran Balik Pinjaman.
Jadual ini disediakan untuk merancang amaum yang perlu dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat.
2.Jadual Bayaran Balik Sewabeli.
Jadual ini disediakan untuk merancang amaum bayaran balik sewabeli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan yang diperolehi.
3.Jadual Susutnilai Aset Tetap.
Jadual ini perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik perniagaan,sama ada yang disambungkan atau yang dibeli secara sewabeli atau pinjaman.
D.Proforma penyata-penyata.(Ramalam atau Jangkaan)
1.Proforma Penyata Aliran Wang Tunai.
Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun pertama perniagan.Seterusnya aliran wang tunai secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga.
2.Proforma Penyata Pergilangan.
Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang pengeluaran atau pengilang sahaja. Kos Pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk pengiraan Untung Kasar. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.
3.Proforma Penyata Perdagangan.
Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam bidang pembuatan dan perdagangan. Untung kasar yang diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan Rugi.Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.
4.Proforma Penyata Untung dan Rugi.
Penyata untung dan rugi disediakan bagi perniagaan dalam senmua bidang iaitu pembuatan,perdagangan dan perkhidmatan. Untung bersih yang diperolehi merupakan untung bersih sebbelum cukai. Penyata ini disediakan pada akir tahun 1,2 dan 3.
5.Proforma Penyata Kunci Kira-kira.
Penyata Kunci Kira-kira disediakan untuk menunjukkan aset-aset perniagaan dan hubungan nya dengan sumber-sumber perniagaan. Penyata kira-kira ini juga disediakan pada akhir tahun 1,2 dan 3.

No comments:

Post a Comment