1. Definasi SWOT
S : STRENGTH (Kekuatan /Kelemahan)
W: WEAKNESSES (Kelemahan/kekurangan)
O : OPPURTUNITIES (Peluang)
T : THREATS ( Ancaman /halangan luar jangkaan)
2. Analisa Kerangka SWOT
Untuk menganalisa kerangka SWOT, terdapat empat komponen utama yang perlu dianalisa iaitu aspek kekuatan dan kelemahan dianalisa pada waktu sekarang, manakala aspek peluang dan ancaman dibincangkan atau dianalisa untuk masa akan datang. Oleh kerana kekuatan dan kelemahan dianalisa pada waktu sekarang, bermakna kekuatan dan kelemahan tersebut adalah dibidang kuasa dan kawalan usahawan. Manakla peluang dan ancaman pula yang dijangka berlaku pada masa akan datang, maka kedua-duanya adalah diluar bidang kuasa atau kawalan usahawan hanya Allah yang Maha Besar yang mengetahuinya.
Kekuatan orang lain atau pesaing anda akan menjadi ancaman kepada perniagaan anda sebagai bakal usahawan. Atau kekuatan anda pula akan menjadi ancaman kepada perniagaan orang lain. Manakala kelemahan yang anda miliki memberi peluang kepada orang lain untuk merebut kejayaan dan meninggalkan anda. Atas kelemahan orang lain akan memberi peluang anda untuk menembusi pasaran dan mendapat keuntungan. Oleh yang demikian setiap kekuatan yang anda miliki hendaklah dikuasai sepenuhnya supaya tidak hilang dari diri dan perniagaan anda. Manakala kelemahan-kelemahan yang masih ada pada diri mahupun projek perniaagaan anda mestilah dihapuskan atau diatasi segera supaya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan perniagaan. Dari aspek peluang pada masa akan datang perlulah anda rebut sebelum direbut oleh orang lain yang mempunyai kekuatan yang sama dengan anda. Manakala setiap ancaman dan halangan yang dikenalpasti atau kemungkinan akan berlaku dimasa akan datang hendaklah anda bersedia mencari penyelesaian bagi mengatasinya atau menjauhkannya jika anda berkeupayaan.
3. Aspek-Aspek Dalam Perbincangan Analisa SWOT
Banyak aspek-aspek yang boleh dianalis dan dibincangkan dalam membuat analisa SWOT iaitu bergantung kepada projek perniagaan itu sendiri samaada aspek tersebut menjadi kekuatan, kelemahan atau peluang atau ancaman dan aspek tersebut berbeza antara satu projek perniagaan dengan satu projek perniagaan yang lain.
Diantara aspek perbincangan dalam analisa SWOT adalah:
i. Sumber kewangan
Adakah perniagaan yang bakal dijalankan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, aliran wang tunai yang baik atau perniagaan itu berkeupayaan untuk mendapat sumber tambahan seperti bantuan pinjaman bank atau mana-mana skim pinjaman kewangan dibawah agensi kerajaan. Apakah aspek kewangan ini menjadi kekuatan atau kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda?
ii. Sumber fizikal
Adakah perniagaan yang bakal dijalankan memerlukan kilang atau bengkel, peralatan atau mesin canggih, lokasi dan kedudukan yang strategik dan ada kemudahan infrastruktur serta pengakutan . Dimana anda mahu letakkan aspek sumber fizikal ini, adakah ianya merupakan kekuatan atau kelemahan perniagaan anda?
iii. Kemampuan atau keupayaan pengurusan Penyeliaan dari Pekerja
Penyenggaraan (Operator)
Dari aspek pengurusan kakitangan pula adakah pernigaan anda mempunyai pengurusan yang cekap dan mahir, mempunyai pengetahuan teknikal dan pengalama luas dibidang berkenaan samaada diperingkat operator hingga ke peringkat pengurusan, adakah ianya menjadi kekuatan, kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda.
iv. Pemasaran
Ianya boleh dianalisa dari empat elemen pemasaran (4P) iaitu Produk, Hargar, Tempat dan Promosi. Adakah produk dan perkhidmatan anda berkualiti, harga yang setanding dengan pesaing, lokasi yang strategik dan saluran agihan pasaran yang baik. Bagaimana dengan promosi dan saiz pasaran, produk atau perkhidmatan anda? Bolehkah pasaran baru diwujudkan? Semuanya ini perlu dianalis samaada menjadi kekuatan, kelemahan, peluang atau ancaman kepada perniagaan anda?
v. Proses Pengeluaran dan Sumber Bekalan
Adakah perniagaan anda menggunakan teknologi tertentu dan teknologi tersebut mudah didapati dari aspek bahan mentah, adakah cukup dari segi kuantiti, kualiti dan harganya, serta mudah diperolehi dan berterusan. Bagaimana dengan kos pengeluaran termasuk kos bahan mentah, upah pekerja dan overhead, adakah ianya menjadi kekuatan atau kelemahan pada masa sekarang atau peluang, ancaman bagi perniagaan anda padamasa akan datang.
vi. Alam Sekeliling dan Masyarakat
Dianalisa dari segi politik, sosial dan persekitaran perniagaan anda. Adakah perniagaan yang bakal dijalankan menjadi keutamaan dan digalakkan oleh kerajaan atau sebaliknya? Bagaimana perniagaan kecil ini dapt berada dalam pasaran dan bagaimana masyarakat boleh menerimanya. Adakah apa-apa prasangka yang disukai terhadap perniagaan tersebut dalam sesuatau masyarakat perlu difikirkan juga kemungkinan berlaku bencana lam yang mungkin menimpa seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan lain-lain diluar jangkaan.